Rabu, 4 Mac 2009

SEORANG GURU YANG DIGEMARI OLEH MURID-MURID



Benarkah murid-murid amat menggemari seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat berikut ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?


a) pandai berkelakar, lucu dan suka bergurau
b) pandai bercerita
c) suka melayan idea murid-murid walaupun idea gila-gila
d) pandai memberi perangsang, dorongan dan motivasi
e) suka memimpin, bukan sekadar pandai memberi arahan sahaja
f) suka melayan soalan dan pertanyaan daripada murid-murid
g) suka memberi pujian
h) melayan murid seperti melayan rakan sendiri
i) suka mendengar idea-idea dan cadangan-cadangan daripada murid-murid
j) apabila mengajar, guru memberi kebebasan kepada murid dalam perkara-perkara berikut :
  • bebas membuat nota ikut cara yang digemari serta tidak serupa antara satu sama lain
  • membenarkan murid-murid aktif bercakap sesama mereka semasa aktiviti p&p
  • membenarkan murid-murid gelak dan tertawa dalam kelas
  • menggalakkan murid bersaing menunjukkan kepintaran masing-masing

1 ulasan:

  1. ermmmm....sy stuju dgn semua ciri2 sperti ini... mmg ini lah ciri2 guru yang digemari oleh murid2 zman skrg....

    BalasPadam