Google+ Followers

Sabtu, 7 Mac 2009

KATA PENGUAT

1. Maksud:

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

2. Jenis: Terdapat 3 jenis kata penguat:

KATA PENGUAT

CONTOH

a. penguat hadapan

terlalu, paling, agak

b. penguat belakang

sekali, benar, nian

c. penguat bebas

amat, sangat, sungguh

3. Contoh:

a. Digunakan di hadapan kata adjektif.

KATA PENGUAT HADAPAN

CONTOH

terlalu

Baju di pasar raya itu terlalu mahal.

paling

Sambal tumis itu paling sedap.

agak

Jalan di kawasan itu agak bahaya.

b. Digunakan di belakang kata adjektif

KATA PENGUAT BELAKANG

CONTOH

sekali

Pendapat murid itu baik sekali.

nian

Nyaman nian udara di puncak pusat peranginan tanah tinggi.

benar

Cantik benar rantai mutiara ini.

c. Digunakan secara bebas sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

KATA PENGUAT BEBAS

CONTOH

amat

1. Kraf tangan itu amat cantik.

2. Kraf tangan itu cantik amat.

sangat

1. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria

sangat berat.

2. Beg pakaian yang dibawa oleh Suria

berat sangat.

sungguh

1. Kereta yang dipandu oleh Jazeman

sungguh laju.

2. Kereta yang dipandu oleh Jazeman

laju sungguh.

4. Terdapat juga unsur penguat yang boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif. Contohnya, sungguh amat merdu, sungguh kurang sopan, dan terlalu amat pedih.(Tatabahasa Dewan m.s. 390)

Contoh:

a. Suaranya sungguh amat merdu.

b. Perangainya sungguh kurang sopan.

c. Kata-katanya terlalu amat pedih.

1 ulasan: