Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
· pengulangan kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
· Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
· Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
· Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
· dua biji telur
· semua murid
· para pendidik
· pelbagai acara
· segala haiwan
· sekalian penduduk
· seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. Contoh:
· Lukisan itu cantik-cantik belaka.
· Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
· Ayam di situ gemuk-gemuk.
· Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
· Gadis di sini cantik-cantik.
· Kuih itu sedap-sedap rasanya.
· Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
· Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
· D beerti unsur yang diterangkan
· M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH | BETUL |
lain-lain hal Nani Kedai Roti goreng cempedak Maggi mi tomato sos mini bas mini taman | hal-hal lain Kedai Roti Nani cempedak goreng mi Maggi sos tomato bas mini taman mini |
5. Frasa Adjektif
· Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
· Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
· Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH | BETUL |
Bangunan itu tertinggi. Nani terpandai. Orang itu terkuat. | Bangunan itu paling tinggi. Nani paling pandai. Orang itu paling kuat |
· Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.
Contoh: Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
· Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. Contoh:
SALAH | BETUL |
Buah langsat ini sangat manis sekali. Budak itulah yang paling nakal sekali. Sungguh indah nian pemandangan di situ. | Buah langsat ini manis sekali. Budak itulah yang paling nakal. Sungguh indah pemandangan di situ. |
· Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.Contoh:
SALAH | BETUL |
Budak itu tidak suka durian. Nora sangat takut anjing. Nani sangat gemar filem Hindustan. Mereka tidak perlu pertolongan kami. Saya benci sikapnya itu. | Budak itu tidak suka akan durian. Nora sangat takut akan anjing. Nani sangat gemar akan filem Hindustan. Mereka tidak perlu akan pertolongan kami. Saya benci akan sikapnya itu. |
6. Frasa Kerja Intransitif
· Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
· Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
· Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH | BETUL |
berlandaskan pada undang-undang berbantalkan dengan lengan berpandukan pada kamus beratapkan dengan langit bertilamkan dengan rumput | berlandaskan undang-undang berbantalkan lengan berpandukan kamus beratapkan langit bertilamkan rumput |
- Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH | BETUL |
Kamu mesti ingat janji-janjimu Kakak tidak mahu tidur sini. Beliau akan datang kampung ini. Nani ingin berjumpa cikgu. Saya ingin bertemu gadis itu. Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. | Kamu mesti ingat akan janji-janjimu. Kakak tidak mahu tidur di sini. Beliau akan datang ke kampung ini. Nani ingin berjumpa dengan cikgu. Saya ingin bertemu dengan gadis itu. Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya. |
Frasa Kerja Transitif
- Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
- Di antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH | BETUL |
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu. Nora tidak mengetahui akan hal itu. Kami membincangkan tentang masalah itu. Mereka melebarkan lagi jalan itu. Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah. | Beliau turut menyentuh perkara itu. Nora tidak mengetahui hal itu. Kami membincangkan masalah itu. Mereka melebarkan jalan itu lagi. Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah. |
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
· frasa kerja pasif diri pertama
· frasa kerja pasif diri kedua
· frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5. Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6. Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH | BETUL |
diambil olehku dibuang oleh kami disimpan oleh kita dihantar oleh saya dilaksanakan oleh patik diburu oleh hamba | kuambil kami buang kita simpan saya hantar patik laksanakan hamba buru |
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH | BETUL |
ditanya oleh anda diberikan oleh engkau dibeli oleh kamu dikirim oleh awak diperintahkan oleh tuanku dibersihkan oleh kalian | anda Tanya engkau berikan kamu beli awak kirim tuanku perintahkan kalian bersihkan |
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.
SALAH | BETUL |
beliau tulis dia kumpulkan mereka kutip baginda rasmikan ia bersihkan | ditulis oleh beliau dikumpulkan olehnya dikutip oleh mereka dirasmikan oleh baginda dibersihkan olehnya |
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
Adakah nasi adalah frasa nama?
BalasPadamTq.. good share cikgu
BalasPadam