Sabtu, 7 Mac 2009

PENANDA WACANA

Dalam penulisan, salah satu aspek yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan kata penanda wacana. Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea-idea sebuah esei dan juga untuk menghubungkan pelbagai bahagian esei tersebut.

Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya.

Penghubung Tambahan

Contoh :

dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, selanjutnya, selain itu, lagipun, juga.

Penghubung Tentangan

Contoh :

tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun, namun demikian, jika tidak.

Penghubung Musabab atau Akibat

Contoh :

kerana, oleh sebab, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu, oleh itu, dengan yang demikian, sebagai akibatnya, jadi.

Penghubung Tempoh / Masa / Waktu

Contoh :

pertamanya, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, berikutnya, kini, sekarang, pada masa itu, pada ketika itu, pada masa sekarang ini.

Penanda Contoh

Contoh :

misalnya, umpamanya, contohnya, khususnya, terutamanya.

Penanda Keterangan atau Penjelasan

Contoh :

dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni, iaitu.

Penanda Kesimpulan

Contoh :

akhirnya, kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya.

Penanda Perbandingan

Contoh :

sebagai perbandingan, demikian juga.

Contoh petikan ringkas:

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diumumkan baru-baru ini. Latif, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaannya. Oleh itu, dia memohon tempat di university tempatan. Walau bagaimanapun, pencapaiannya tidak menjanjikan tempatnya di menara gading. Oleh sebab itu, dia mengisi masa menunggunya dengan membuat kerja-kerja sambilan seperti bekerja atendan pam di stesen minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan