|     PERUMPAMAAN  |   |
|     Bagai   kacang lupakan kulit  |        Maksud: Tidak   mengenang budi.  |   
|     Contoh: Semenjak   menjadi pegawai tinggi di syarikat itu, Syukur langsung tidak mempedulikan   ibu bapanya yang hidup melarat di kampung.  |   |
|     Seperti   kerbau dicucuk hidung  |        Maksud: Orang   yang mengikut sahaja suruhan tanpa usul periksa  |   
|     Contoh: Osman   menegur sikap Hafiz yang menurut segala perintah ibu mertuanya yang garang   itu.   |   |
|     Seperti   rusa masuk kampung  |        Maksud: Tercengang-cengang   kehairanan  |   
|     Contoh: Ustaz   Ahmad ketawa sendirian melihatkan telatah pelajar-pelajarnya yang pertama   kali datang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri Menara Berkembar Petronas.  |   |
|     Seperti   hujan jatuh ke pasir  |        Maksud: Nasihat   yang tidak membawa sebarang kesan.  |   
|     Contoh: Pak   Hassan sudah mulai bosan dengan sikap cucunya yang langsung tidak   mempedulikan segala nasihatnya.  |   |
|     Seperti si   buta kehilangan tongkat  |        Maksud: Orang   yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran  |   
|     Contoh: Suriati   tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh   keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu.  |   |
|     Seperti   pahat dengan penukul  |        Maksud: Bekerja   kalau disuruh  |   
|     Contoh: Mak Piah   memarahi anaknya yang hanya akan belajar setelah disuruh.  |   |
|     PEPATAH  |   |
|     Bagaimana   acuan, begitulah kuihnya  |        Maksud: Biasanya   perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya.  |   
|     Contoh: Hamzah   telah berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam.   |   |
|     Bercakap   siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar  |        Maksud: Berhati-hatilah   apabila menceritakan sesuatu rahsia.  |   
|     Contoh: Haryati   meminta Maznah memperlahan suaranya kerana khuatir perbualan mereka didengar   oleh orang lain.  |   |
|     Berani   kerana benar, takut kerana salah  |        Maksud: Orang   yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan   bersedia untuk menghadapi kenyataan.  |   
|     Contoh: Norman   menasihati rakannya supaya tidak berasa takut untuk memberitahu perkara yang   sebenar kepada pengetua sekiranya dia di pihak yang benar.  |   |
|     Biar putih   tulang, jangan putih mata  |        Maksud: Lebih   baik mati daripada menanggung malu  |   
|     Contoh: Demi   cintanya pada negara, Kudin terus berjuang daripada menyerah kalah kepada   pihak musuh  |   |
SEPERTI KATAK DIDALAM TEMPURUN
BalasPadamBERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH
BalasPadamBERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH
BalasPadamTAK ADA GADING YANG TAK RETAK
BalasPadampenukang tanpa penukul?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSeperti si kudung mendapat cincin
BalasPadamSeperti si kudung mendapat cincin
BalasPadamapa makna mengenang sikap
BalasPadam