Semenjak menjadi pegawai tinggi di syarikat itu, Syukur langsung tidak mempedulikan ibu bapanya yang hidup melarat di kampung.
Seperti kerbau dicucuk hidung
Maksud:
Orang yang mengikut sahaja suruhan tanpa usul periksa
Contoh:
Osman menegur sikap Hafiz yang menurut segala perintah ibu mertuanya yang garang itu.
Seperti rusa masuk kampung
Maksud:
Tercengang-cengang kehairanan
Contoh:
Ustaz Ahmad ketawa sendirian melihatkan telatah pelajar-pelajarnya yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri Menara Berkembar Petronas.
Seperti hujan jatuh ke pasir
Maksud:
Nasihat yang tidak membawa sebarang kesan.
Contoh:
Pak Hassan sudah mulai bosan dengan sikap cucunya yang langsung tidak mempedulikan segala nasihatnya.
Seperti si buta kehilangan tongkat
Maksud:
Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran
Contoh:
Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu.
Seperti pahat dengan penukul
Maksud:
Bekerja kalau disuruh
Contoh:
Mak Piah memarahi anaknya yang hanya akan belajar setelah disuruh.
PEPATAH
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Maksud:
Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya.
Contoh:
Hamzah telah berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam.
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Maksud:
Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia.
Contoh:
Haryati meminta Maznah memperlahan suaranya kerana khuatir perbualan mereka didengar oleh orang lain.
Berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud:
Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan.
Contoh:
Norman menasihati rakannya supaya tidak berasa takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada pengetua sekiranya dia di pihak yang benar.
Biar putih tulang, jangan putih mata
Maksud:
Lebih baik mati daripada menanggung malu
Contoh:
Demi cintanya pada negara, Kudin terus berjuang daripada menyerah kalah kepada pihak musuh
menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran) kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk
Contoh:
·Mengajar orang menggunakan senjata.
·Ia mengajar anaknya supaya jangan nakal.
·Musim kemarau ini akan mengajar kita supaya tidak menggunakan air dengan membazir.
·Kesulitan hidup mengajar orang lebih berusaha.
mengajari
mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran),
melatih seseorang :
Contoh:
·Cikgu Ramli yang mengajari murid-murid tingkatan 3 Bahasa Melayu dan Sejarah
mengajarkan
mengajar sesuatu (kepada seseorang),
memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, ...):
Contoh:
·Siapa mengajarkan hitungan yang sesulit ini.
·Ia mengajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut kepada pekerja-pekerja baru.
·Guru yang mengajarkan sesuatu mata pelajaran.
BANYAK DAN RAMAI
banyak
bukan sedikit, tidak sedikit.
·Banyak orang yang mempunyai cita-cita tinggi.
bilangan, jumlah
·Berapa banyak wang yang kauterima?
ramai
riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara);
sangat gembira, sangat meriah, riang gembira;
banyak (orang), orang banyak, umum;
Contoh:
·ramai orang berkumpul;
·di muka ramai;
·khalayak ramai;
·kegemaran ramai;
·kemahuan ramai.
BARU dan BAHARU
baru
1. belum (tidak) ada sebelumnya, (yg) belum lama wujud (dikeluarkan, diterbitkan, dsb): negara-negara ~; kereta jenis ~;majalah ~;
2. belum pernah atau belum lama dilaksanakan (dicuba, digunakan, dsb): cara-cara ~;
3. belum dipakai lagi atau belum lama dipakai: basikal ~; kasut ~;
4. belum lama lagi menjadi atau berlaku (bekerja, bertindak, dll) sbg: murid ~; ketua~;
5. masih segar (belum lama dipetik, ditangkap, dsb): ikan ~;
6. moden: angkatan ~;
7. belum berapa lama lagi (dahulu): saya ~ datang;
8. apabila saja, sesudah: ~ digertak dia sudah lari;
9. pd masa itulah, pd ketika tertentu (berikutan dgn sesuatu dll): selepas
saya jelaskan ~ dia sedar;
10. kelihatan masih cantik atau tidak terjejas dsb (kerana belum sering digunakan, terpelihara dgn baik, dll);
baru-baru; ~ ini tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini;
membarukan menjadikan baru, membetulkan sesuatu supaya spt
baru: hasratnya utk ~ gaya itu sendiri.
baharu baru; membaharui
1. membaiki (melakukan sesuatu, mengubah, dll) supaya sesuatu itu menjadi baharu: jalan itu sudah dibaharui;
2. mengulangi lagi: dia tidak ~ pertanyaannya;
3. memulakan sesuatu semula: rakyat membuka kampung utk ~ hidup masing-masing;
4. menggantikan atau menukarkan (sesuatu) dgn yg baru atau yg empunyai tempoh kuat kuasa dsb yg baru: pokok ini tidak payah ~ daunnya; ~ lesen memandu;
memperbaharu menjadikan sesuatu lebih baharu;
kebaharuan sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia;
pembaharuan perihal (perbuatan dll) membaharui: mereka ini hendak membawa satu ~ dlm agama Islam; mereka hanya cenderung kpd isi sehingga yg dimaksudkan oleh mereka sbg ~ ialah ~ isi belaka;
pembaharu orang yg membawa pembaharuan: A. Latiff Mohidin merupakan ~ dlm perpuisian Melayu.
IALAH DAN ADALAH
ialah
Hadir di hadapan frasa nama
Contoh:
·Jumlah kematian yang disahkan ialah dua puluh lima orang.
·Gadis yang memakai baju kebaya itu ialah anak saudara saya.
·Warna pinang masak ialah warna rasmi bas sekolah seluruh negara kita.
adalah
hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama
Contoh:
·Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (FA)
·Kenyataan daripada menteri itu adalah sangat penting. (FA)
·Hadiah itu adalah untuk murid terpandai. (FS)
·Arahan itu adalah daripada pengetua sekolah. (FS)
DARI DAN DARIPADA
dari
Sendi kata yang menerangkan atau menyatakan tempat mula bergerak (bertolak, muncul, jatuh):
Contoh:
·Saya berlepas dari Ipoh pagi tadi.
·Dari mana hendak ke mana?
·Dia terjun dari tingkat lima bangunan itu.
Sendi kata yang menerangkan atau menyatakan permulaan sesuatu jangka waktu.
Contoh:
·Dari sekarang kita tidak boleh main-main lagi.
·Dari kecil lagi.
·Dari sehari ke sehari.
·Dari dahulu hingga sekarang.
Sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) titik permulaan sesuatu jarak yang diukur.
Contoh:
·Kampung itu terletak kira-kira dua puluh kilometer dari bandar.
Sendi kata yang menerangkan (menyatakan) titik atau pusat tumpuan permulaan sesuatu kegiatan (pergerakan).
Contoh:
·Pasukan itu melancarkan serangan dari kawasan pergunungan.
·Usaha membina pengetahuan tentang bahasa perlu dimulakan dari peringkat sekolah rendah lagi.
Sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) tempat asal seseorang (sesuatu barang).
Contoh:
·Dia berasal dari Medan.
·Surat dari London.
·Dia mengangkat air dari perigi ke dapur.
daripada
Sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang yang memberi (mengirim).
Contoh:
·Dia menerima sepucuk surat daripada ayahnya.
·Hadiah daripada seorang sahabat yang karib.
Sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) sumber atau punca sesuatu itu diperoleh.
Contoh:
·Petikan daripada karya Usman Awang.
·Air daripada telaga itu berkuman.
·Diterjemahkan daripada bahasa Arab.
Sendi nama yang menyatakan (menunjukkan) bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Contoh:
·Jambangan bunga itu diperbuat daripada tembikar.
·Barang-barang daripada getah.
Sendi kata yang menyatakan atau menunjukkan orang (negara, unsur, barang) yang terlibat dalam sesuatu pengasingan (pemisahan, perbezaan, perbandingan).
Contoh:
·Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia daripada Sumatera.
·Reka bentuk yang dikemukakan terkemudian ini lebih menarik daripada yang disediakan dahulu.
Sendi kata yang digunakan sewaktu menyatakan sesuatu perubahan (perkembangan).
Contoh:
·Harga daging telah naik daripada RM8.00 sekilo menjadi RM9.50 sekilo.
·Bilangan pelajar yang lulus merosot daripada 68% tahun lalu menjadi 66% tahun ini.
Sendi kata yang digunakan sebelum menyatakan atau menyebutkan unsur (akibat) yang hendak dielakkan (dicegah, dihindar).
Contoh:
·Mempertahankan diri daripada serangan musuh.
·Menjauhkan diri daripada bahaya.
·Langkah-langkah untuk mengelakkan hal-hal demikian daripada berlaku lagi.
Sendi kata yang menyatakan (menunjukkan) punca atau asas sesuatu tindakan (kesimpulan).
Contoh:
·Daripada apa yang saya dengar, pemandu lori itu yang patut dipersalahkan.
·Masjid itu dibina daripada desakan penduduk di kawasan itu.
Sendi kata yang memperkaitkan atau memperhubungkan sesuatu atau sesuatu bahagian dengan sesuatu keseluruhan atau jumlah.
Contoh:
·Satu daripada sebab-sebab
·Hanya tiga orang daripada sejumlah 40 orang pelajar telah gagal dalam peperiksaan itu.
RASA
merasa-rasa
mencuba dengan lidah untuk mengetahui manis masam (pahit tidaknya):
Contoh:
·Ia merasa-rasa gula itu.
·Dua tiga orang sudah pun sampai dan merasa-rasa air kopi itu.
meraba-raba (menjamah) untuk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya):
Contoh:
·licin tidaknya dapat dirasa sendiri dengan tangan
merasai
mengecap (makanan, minuman), mencicip:
Contoh:
·Alangkah puas hatinya merasai makanan masakan ibunya.
·Rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan.
menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan):
·Kesenangan dan kemewahan hidup yang dirasainya itu ialah daripada harta isterinya.
·Belum pernah ia merasai hidup senang spt orang-orang lain.
menderita (kesusahan, sengsara):
·Barulah hamba merasai sengsara hidup di dalam penjara
·Mereka akan merasai duka nestapa yang tidak terkira-kira lagi
·Rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu
merasa-rasai
meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dengan tangan:
Contoh:
·Rasa-rasai dahulu dengan kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu.