Sabtu, 7 Mac 2009

EJAAN YANG BETUL

balasungkawa

belasungkawa

←

garuda

geroda

←

ingkar

←

engkar

isya

isyak

←

kadi

←

kadhi

kerinting

keriting

←

kubis

←

kobis

lembab

lembap

←

manafaat

manfaat

←

mentera

mantera

←

mi

←

mee

pakiran

parkiran

←

peribumi

pribumi

←

pelosok

←

pelusuk

pengkalan

pangkalan

←

perihatin

prihatin

←

pesaraan

persaraan

←

puntianak

←

pontianak

ramadan

←

Ramadhan

rempeyek

←

tempeyek

sawajagat

sarwajagat

←

sekalian

←

sekelian

selesema

←

selesema

seyugia

seyogia

←

kompetatif

kompetitif

←

kontigen

kontinjen

←

korum

kuorum

←

kuarters

←

kuaters

lagenda

legenda

←

losyen

losen

←

marathon

maraton

←

monopaus

menopaus

←

narkotik

←

nakortik

oditorium

auditorium

←

organisma

organisme

←

otomobil

automobil

←

pantomim

←

pentomim

pasport

←

paspot

pensil

pensel

←

period

periode

←

profesyen

profesion

←

raket

←

reket

releks

relaks

←

respon

respons

←

sekenhand

sekenhen

←

sesi

←

sessi

snoker

snuker

←

spesies

←

spesis

stres

←

stress

sukses

←

sakses

tochlight

toclait

←

veteren

veteran

←

zerox

zeroks

←

aku janji

←

akujanji

atur cara

←

aturcara

bandaraya

bandar raya

←

eka suku kata

ekasuku kata

←

juru ukur

juruukur

←

kereta api

←

keretapi

mala petaka

malapetaka

←

pasaraya

pasar raya

←

peri laku

perilaku

←

ujikaji

uji kaji

←

urusetia

urus setia

←

fardu

←

fardhu

gembeleng

gembleng

←

istirehat

istirahat

←

juita

←

juwita

kemumur

kelemumur

←

kesateria

←

kesastria

ko teow

kuetiau

←

merajalela

←

bermaharajalela

martabak

murtabak

←

mestika

←

mustika

ole-ole

oleh-oleh

←

pancat

pancit

←

perabut

perabot

←

pendita

pendeta

←

perkasam

pekasam

←

pesaka

pusaka

←

pesona

←

persona

qada

←

qadha

reda

←

redha

sambilewa

sambalewa

←

sedawa

sendawa

←

seksa

←

siksa

serikandi

srikandi

←

komisyen

komisen

←

konfrantasi

konfrontasi

←

korapsi

korupsi

kriteria

←

kreteria

label

←

lebel

lanskap

landskap

←

majerin

marjerin

←

mayonis

mayones

←

motosikal

←

motorsikal

odit

audit

←

optima

optimum

←

ortodok

ortodoks

←

pamplet

pamflet

←

paradok

paradoks

←

pekej

pakej

←

personafikasi

personifikasi

←

petisen

petisyen

←

protin

protein

←

rebet

rebat

←

repitasi

repetisi

←

setor

stor

←

selinder

silinder

←

skima

skema

←

spagetti

spageti

←

stesen

←

stesyen

stoking

←

stokin

squasy

skuasy

←

vendalisme

vandalisme

←

vila

←

villa

aluan

alu-aluan

←

antiagama

←

anti agama

baikpulih

baik pulih

←

cita rasa

←

citarasa

intipati

inti pati

←

kaki tangan

kakitangan

←

lebuhraya

lebuh raya

←

mikroekonomi

←

mikro ekonomi

payu dara

payudara

←

pesuruh jaya

pesuruhjaya

←

urusniaga

urus niaga

←

PENANDA WACANA

Dalam penulisan, salah satu aspek yang perlu dititikberatkan ialah penggunaan kata penanda wacana. Penanda wacana merupakan kata atau frasa yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara idea-idea sebuah esei dan juga untuk menghubungkan pelbagai bahagian esei tersebut.

Dalam bahasa Melayu, kita dapat membahagikan penanda wacana yang ada kepada beberapa kategori berdasarkan fungsinya.

Penghubung Tambahan

Contoh :

dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, selanjutnya, selain itu, lagipun, juga.

Penghubung Tentangan

Contoh :

tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun, namun demikian, jika tidak.

Penghubung Musabab atau Akibat

Contoh :

kerana, oleh sebab, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu, oleh itu, dengan yang demikian, sebagai akibatnya, jadi.

Penghubung Tempoh / Masa / Waktu

Contoh :

pertamanya, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya, berikutnya, kini, sekarang, pada masa itu, pada ketika itu, pada masa sekarang ini.

Penanda Contoh

Contoh :

misalnya, umpamanya, contohnya, khususnya, terutamanya.

Penanda Keterangan atau Penjelasan

Contoh :

dengan kata lain, ringkasnya, tegasnya, sebenarnya, yakni, iaitu.

Penanda Kesimpulan

Contoh :

akhirnya, kesimpulannya, ringkasnya, pada keseluruhannya.

Penanda Perbandingan

Contoh :

sebagai perbandingan, demikian juga.

Contoh petikan ringkas:

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diumumkan baru-baru ini. Latif, calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, mendapat keputusan yang agak baik dalam peperiksaannya. Oleh itu, dia memohon tempat di university tempatan. Walau bagaimanapun, pencapaiannya tidak menjanjikan tempatnya di menara gading. Oleh sebab itu, dia mengisi masa menunggunya dengan membuat kerja-kerja sambilan seperti bekerja atendan pam di stesen minyak.

BILA DAN APABILA

bila

Kata yang digunakan untuk menanyakan waktu (masa, ketika) mana

Contoh:

Bila awak hendak ke Kuala Lumpur?

Pada masa apa

Contoh:

Kalau begini, sampai bila pun nasib petani tidak akan berubah

apabila

Semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

Contoh:

Apabila ada harta si mati hendak dibahagikan, tentu sahaja ada pertelingkahan.

Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan ibunya yg semakin tenat.

Rabu, 4 Mac 2009

KOSA KATA

MENEMUKAN DAN MENEMUI

Menemukan

menyebabkan bersua
Contoh:
Kedatangan Islam menemukan bahasa Melayu dengan bahasa Arab

berjumpa dengan apa yang dicari, mendapat,mendapati
Contoh:
Polis kemudiannya telah menemukan kereta yang digunakan oleh
perompak-perompak tersebut

menepati
Contoh:
Ia tidak pernah menemukan janjinya.

mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan)
Contoh:
Apa yang kita perlukan ialah menemukan kata yang tepat supaya dapat menjelmakan emosi.

Menemui

bertemu dengan, berjumpa dengan
Contoh:
Saya menemui seorang wartawan yang peramah

pergi bertemu dengan, mengunjungi, menziarahi, melawat:
Contoh:
Aku pergi menemui seorang guru pelatih.







SEORANG GURU YANG DIGEMARI OLEH MURID-MURID



Benarkah murid-murid amat menggemari seseorang guru yang mempunyai sifat-sifat berikut ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas?


a) pandai berkelakar, lucu dan suka bergurau
b) pandai bercerita
c) suka melayan idea murid-murid walaupun idea gila-gila
d) pandai memberi perangsang, dorongan dan motivasi
e) suka memimpin, bukan sekadar pandai memberi arahan sahaja
f) suka melayan soalan dan pertanyaan daripada murid-murid
g) suka memberi pujian
h) melayan murid seperti melayan rakan sendiri
i) suka mendengar idea-idea dan cadangan-cadangan daripada murid-murid
j) apabila mengajar, guru memberi kebebasan kepada murid dalam perkara-perkara berikut :
  • bebas membuat nota ikut cara yang digemari serta tidak serupa antara satu sama lain
  • membenarkan murid-murid aktif bercakap sesama mereka semasa aktiviti p&p
  • membenarkan murid-murid gelak dan tertawa dalam kelas
  • menggalakkan murid bersaing menunjukkan kepintaran masing-masing

Ahad, 1 Mac 2009

UNSUR SASTERA

TEMA DAN PERSOALAN
Idea atau persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya sastera.
Persoalan merupakan perkara-perkara kecil dalam sesebuah karya yang mempunyai hubungan dengan tema. Kewujudan persoalan yang pelbagai dalam sesebuah karya sastera bertujuan menghidupkan dan mengukuhkan tema yang cuba disampaikan oleh pengarang.

PLOT
Sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak-watak dalam cerita.


LATAR
Latar ialah keterangan-keterangan yang terdapat dalam karya sastera tentang tempat, masa dan masyarakat yang mendasari sesebuah cerita.
Latar memainkan peranan utama untuk memberikan suasana kepada peristiwa atau manusia yang terdapat dalam sesebuah cerita.
Terdapat 4 unsur latar iaitu:
1. Latar tempat
2. Latar waktu atau masa.
3. Latar masyarakat atau citra masyarakat.
4. Latar peralatan cerita atau watak.

WATAK
Manusia atau pelaku dalam cereka berbentuk naratif atau drama yang diberikan sifat-sifat tertentu termasuk perangai dan pemikiran yang dikenal melalui percakapannya (dialog) dan apa yang mereka lakukan (aksi).

PERWATAKAN
Sifat-sifat fizikal atau mental, tabiat, perilaku dan sifat keperibadian watak.

SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan ialah cara bagaimana pembaca dihidangkan dengan bahan cerita, atau bagaimana pengarang memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan cerita. Ia berfungsi untuk menjelaskan siapa yang yang menceritakan kisah tersebut.
Terdapat beberapa teknik sudut pandangan yang digunakan oleh pengarang iaitu:
1. Sudut pandangan orang pertama iaitu pengarang terlibat dalam cerita tersebut.
2. Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas iaitu pengarang bertindak serba tahu dan bebas menceritakan apa-apa sahaja walaupun tidak terlibat atau berada di luar lingkungan cerita.
3.Sudut Pandangan Orang Ketiga Terbatas iaitu pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak tetapi hanya memilih watak-watak tertentu dan penceritaannya akan tertumpu kepada mereka.
4. Sudut Pandangan Objektif iaitu pengarangnya hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya sahaja. Dengan lain perkataan, pengarang tidak hanya berada di luar lingkaran cerita dan hanya bertindak melaporkan apa yang dapat dilihat sahaja.
Imbas Kembali ialah teknik atau cara seseorang pengarang mengungkap dan menggambarkan semula kisah, kejadian, peristiwa, suasana atau masalah yang telah berlaku atau telah dialami oleh watak sebelum kisah yang disampaikan itu. Ia boleh dikemukakan melalui dialog, monolog, dalam bentuk ingatan, renungan ataupun mimpi.

TEKNIK PENCERITAAN
Imbas muka ialah gambaran atau bayangan tentang sesuatu yang akan berlaku. Ia biasanya bertujuan untuk menyediakan pengetahuan awal terhadap apa yang akan berlaku seterusnya.
Dialog merupakan perbualan atau percakapan antara watak-watak dalam sesebuah karya sastera.
Monolog merupakan tutur kata atau pengucapan sesuatu watak secara bersendirian. Ia biasanya sebagai satu usaha watak menyatakan fikiran atau perasaan.
Monolog Dalaman ialah kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak. Ia tidak dilahirkan dalam bentuk dialog atau monolog.

NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai merupakan sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dan lain-lain)
Pengajaran bermaksud peringatan, pedoman atau teladan yang terdapat di dalam sesebuah karya.

GAYA BAHASA
Cara bagaimana seseorang pengarang menggunakan bahasa dengan baik dan kreatif dalam usaha untuk menyampaikan pengucapan fikiran dan perasaannya. Dengan lain perkataan, gaya bahasa merupakan saluran bagi seseorang pengarang menyalurkan pengalaman, pemikiran, dan emosi melalui media bahasa bagi memungkinkan pembaca memahami dan menghayati idea yang ingin disampaikannya di dalam sesebuah karya sastera.

SKOP SOALAN UJIAN DAN PEPERIKSAAN TINGKATAN 3 TAHUN 2009

Ujian Bulan Mac
Peruntukan Masa : 2 jam)

Sistem Bahasa
a. Struktur Kata
b. Kata Tunggal
c. Kata Terbitan
d. Kata Majmuk
e. Kata Ganda
f. Kata Nama
g. Peribahasa

Ringkasan (20 Markah)
1 Petikan Tajuk Khusus

Pemahaman (10 Markah)
3 Soalan Pemahaman

Antologi Anak Bumi Tercinta
a. Pantun Budi
b. Pantun Nasib
c. Rumah Baru
d. Bahasa
e. Pak Belalang
f. Sayang Ayah
g. Pertemuan
h. Asar Belum Berakhir


Kajian Novel Merdeka! Merdeka! (10 Markah)
a. Tema
b. Persoalan
c. Perwatakan

Peperiksaan Pertengahan Tahun : Mei
(Peruntukan Masa : 3 jam)

Sistem Bahasa (30 Markah)
a. Ketepatan kata (soalan 1 – 7)
b. Mengesan kesalahan kata (soalan 8 – 14)
c. Kata banyak makna (soalan 15 – 17)
d. Mengesan kesalahan frasa (soalan 18 – 21)
e. Ayat yang sama maksud (soalan 22 – 24)
f. Penggunaan ayat yang betul (soalan 25 – 27)
g. Peribahasa (soalan 28 – 30)


Antologi Anak Bumi Tercinta (10 Markah)
Petikan prosa moden / tradisional (5 item) berdasarkan salah satu judul berikut:
a. Pak Belalang
b. Sayang Ayah
c. Pertemuan
d. Asar Belum Berakhir

Petikan puisi moden / tradisional (5 item) berdasarkan salah satu tajuk berikut:
a. Pantun Budi
b. Pantun Nasib
c. Rumah Baru
d. Bahasa


Ringkasan (20 Markah)
1 petikan rencana laras akademik berkaitan pelbagai isu semasa.

Pemahaman (10 Markah)
3 soalan pemahaman berdasarkan petikan

Karangan Bahan Rangsangan (20 Markah)
Gambar tunggal, gambar bersiri, jadual dan seumpamanya yang berkaitan pelbagai isu semasa.

Karangan Respons Terbuka (40 Markah)


Kajian Novel Merdeka! Merdeka! (10 Markah)
a. Tema
b. Persoalan
c. Perwatakan

Ujian Bulan Julai
(Peruntukan Masa : 2 jam)

Sistem Bahasa
a. Pengimbuhan
b. Penggandaan
c. Pemajmukan
d. Kata Kerja
e. Unsur Utama Ayat
f. Ayat Penyata
g. Peribahasa

Karangan Bahan Rangsangan (20 Markah)
a. Gambar Tunggal
b. Gambar Bersiri
c. Jadual
d. Rajah

Antologi Anak Bumi Tercinta
a. Pantun Peribahasa
b. Syair Yatim Nestapa
c. Bila Berjauhan
d. Wanita Zaman Ini
e. Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari
f. Dugong
g. Hikayat Mat Jenin
h. Adik Berjasa


Kajian Novel Merdeka! Merdeka! (10 Markah)
a. Plot
b. Latar


Ujian Bulan September
(Peruntukan Masa : 2 jam)

Sistem Bahasa
a. Ayat Tanya
b. Ayat Perintah
c. Ayat Seruan
d. Ayat Aktif
e. Ayat Pasif
f. Konstruksi Ayat
g. Peribahasa

Ringkasan (20 Markah)
1 Petikan Tajuk Umum

Pemahaman (10 Markah)
3 Soalan Pemahaman

Antologi Anak Bumi Tercinta
a. Syair Cintai Alam Sekitar
b. Syair Tenaga Pemuda
c. Ketika Kami Bercerita Tentangnya
d. Usia
e. Raja Bersiung
f. Patung Kencana dari Kuripan
g. Rahsia
h. Anak Bumi Tercinta
i. Jalan Sempit



Kajian Novel Merdeka! Merdeka! (10 Markah)
a. Nilai
b. Pengajaran