| PERUMPAMAAN | |
| Bagai kacang lupakan kulit | Maksud: Tidak mengenang budi. |
| Contoh: Semenjak menjadi pegawai tinggi di syarikat itu, Syukur langsung tidak mempedulikan ibu bapanya yang hidup melarat di kampung. | |
| Seperti kerbau dicucuk hidung | Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan tanpa usul periksa |
| Contoh: Osman menegur sikap Hafiz yang menurut segala perintah ibu mertuanya yang garang itu. | |
| Seperti rusa masuk kampung | Maksud: Tercengang-cengang kehairanan |
| Contoh: Ustaz Ahmad ketawa sendirian melihatkan telatah pelajar-pelajarnya yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri Menara Berkembar Petronas. | |
| Seperti hujan jatuh ke pasir | Maksud: Nasihat yang tidak membawa sebarang kesan. |
| Contoh: Pak Hassan sudah mulai bosan dengan sikap cucunya yang langsung tidak mempedulikan segala nasihatnya. | |
| Seperti si buta kehilangan tongkat | Maksud: Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran |
| Contoh: Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu. | |
| Seperti pahat dengan penukul | Maksud: Bekerja kalau disuruh |
| Contoh: Mak Piah memarahi anaknya yang hanya akan belajar setelah disuruh. | |
| PEPATAH | |
| Bagaimana acuan, begitulah kuihnya | Maksud: Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya. |
| Contoh: Hamzah telah berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam. | |
| Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar | Maksud: Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia. |
| Contoh: Haryati meminta Maznah memperlahan suaranya kerana khuatir perbualan mereka didengar oleh orang lain. | |
| Berani kerana benar, takut kerana salah | Maksud: Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan. |
| Contoh: Norman menasihati rakannya supaya tidak berasa takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada pengetua sekiranya dia di pihak yang benar. | |
| Biar putih tulang, jangan putih mata | Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu |
| Contoh: Demi cintanya pada negara, Kudin terus berjuang daripada menyerah kalah kepada pihak musuh | |