Khamis, 2 April 2009

PERIBAHASA

PERUMPAMAAN

Bagai kacang lupakan kulit

Maksud:

Tidak mengenang budi.

Contoh:

Semenjak menjadi pegawai tinggi di syarikat itu, Syukur langsung tidak mempedulikan ibu bapanya yang hidup melarat di kampung.

Seperti kerbau dicucuk hidung

Maksud:

Orang yang mengikut sahaja suruhan tanpa usul periksa

Contoh:

Osman menegur sikap Hafiz yang menurut segala perintah ibu mertuanya yang garang itu.

Seperti rusa masuk kampung

Maksud:

Tercengang-cengang kehairanan

Contoh:

Ustaz Ahmad ketawa sendirian melihatkan telatah pelajar-pelajarnya yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri Menara Berkembar Petronas.

Seperti hujan jatuh ke pasir

Maksud:

Nasihat yang tidak membawa sebarang kesan.

Contoh:

Pak Hassan sudah mulai bosan dengan sikap cucunya yang langsung tidak mempedulikan segala nasihatnya.

Seperti si buta kehilangan tongkat

Maksud:

Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran

Contoh:

Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu.

Seperti pahat dengan penukul

Maksud:

Bekerja kalau disuruh

Contoh:

Mak Piah memarahi anaknya yang hanya akan belajar setelah disuruh.

PEPATAH

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Maksud:

Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya.

Contoh:

Hamzah telah berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam.

Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar

Maksud:

Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia.

Contoh:

Haryati meminta Maznah memperlahan suaranya kerana khuatir perbualan mereka didengar oleh orang lain.

Berani kerana benar, takut kerana salah

Maksud:

Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan.

Contoh:

Norman menasihati rakannya supaya tidak berasa takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada pengetua sekiranya dia di pihak yang benar.

Biar putih tulang, jangan putih mata

Maksud:

Lebih baik mati daripada menanggung malu

Contoh:

Demi cintanya pada negara, Kudin terus berjuang daripada menyerah kalah kepada pihak musuh