PERUMPAMAAN | |
Bagai kacang lupakan kulit | Maksud: Tidak mengenang budi. |
Contoh: Semenjak menjadi pegawai tinggi di syarikat itu, Syukur langsung tidak mempedulikan ibu bapanya yang hidup melarat di kampung. | |
Seperti kerbau dicucuk hidung | Maksud: Orang yang mengikut sahaja suruhan tanpa usul periksa |
Contoh: Osman menegur sikap Hafiz yang menurut segala perintah ibu mertuanya yang garang itu. | |
Seperti rusa masuk kampung | Maksud: Tercengang-cengang kehairanan |
Contoh: Ustaz Ahmad ketawa sendirian melihatkan telatah pelajar-pelajarnya yang pertama kali datang ke Kuala Lumpur untuk melihat sendiri Menara Berkembar Petronas. | |
Seperti hujan jatuh ke pasir | Maksud: Nasihat yang tidak membawa sebarang kesan. |
Contoh: Pak Hassan sudah mulai bosan dengan sikap cucunya yang langsung tidak mempedulikan segala nasihatnya. | |
Seperti si buta kehilangan tongkat | Maksud: Orang yang berada dalam kesusahan akan bertambah susah lagi jika ditimpa kesukaran |
Contoh: Suriati tidak tahu bagaimana dia harus meneruskan hidupnya setelah seluruh keluarganya terkorban dalam nahas ngeri itu. | |
Seperti pahat dengan penukul | Maksud: Bekerja kalau disuruh |
Contoh: Mak Piah memarahi anaknya yang hanya akan belajar setelah disuruh. |
PEPATAH | |
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya | Maksud: Biasanya perangai seorang anak itu mirip kepada perangai ibu bapanya. |
Contoh: Hamzah telah berjaya mengikut jejak langkah ayahnya untuk menjadi seorang peguam. | |
Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar | Maksud: Berhati-hatilah apabila menceritakan sesuatu rahsia. |
Contoh: Haryati meminta Maznah memperlahan suaranya kerana khuatir perbualan mereka didengar oleh orang lain. | |
Berani kerana benar, takut kerana salah | Maksud: Orang yang bersalah akan berasa takut, sementara orang yang tidak bersalah akan bersedia untuk menghadapi kenyataan. |
Contoh: Norman menasihati rakannya supaya tidak berasa takut untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada pengetua sekiranya dia di pihak yang benar. | |
Biar putih tulang, jangan putih mata | Maksud: Lebih baik mati daripada menanggung malu |
Contoh: Demi cintanya pada negara, Kudin terus berjuang daripada menyerah kalah kepada pihak musuh |